Pecutan pantas Bold
Published on Sunday, July 28, 2013
9:45 PM //
sukan
-
Larian pantas Bolt membantu kuarters pecut Jamaica memenangi acara 4x100 meter, semalam.
RAJA pecut dunia, Usain Bold membantu skuad 4x100 meter Jamaica memenangi pingat emas dalam kejohanan IAAF Diamond League di Olympic Stadium, London, semalam.
Bold menamatkan saingan dengan catatan masa 37.74 saat, sehari selepas memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.
“Kami tidak banyak menjalani latihan larian bersama-sama untuk kejohanan ini.
“Tetapi kami mempunyai persefahaman dan tahu kepantasan diri sendiri. Ia berjalan dengan baik,” katanya.
Pelari berusia 26 tahun itu mengetuai kumpulannya yang terdiri daripada Mario Forsythe, Kemar Bailey-Cole and Warren Weir.
“Saya adalah ketua kumpulan dan akan cuba beri sepenuh tumpuan dalam larian,” katanya.
Sumber Sinar Harian














0 comments