Berkompang kejut sahur
Published on Monday, July 29, 2013
12:18 AM //
santai
-
Anak-anak muda Kampung Seri Aman berkompang mengejutkan penduduk bangun bersahur, awal pagi semalam.
Namun aktiviti tahun ini sedikit berbeza apabila penganjur mengadakan program mengacau dodol bermula selepas solat Tarawih sehingga Gerak Sahur Berkompang dilaksanakan.
Dalam aktiviti dihidupkan anak-anak muda berusia 14 hingga 30 tahun itu peserta turut mendendangkan lagu ciptaan sendiri sepanjang perjalanan menaiki lori dan mengelilingi beberapa kampung.
Ketua Kumpulan Anak Seni Seri Aman (KASSA), Kamsani Kamarudin berkata, inisiatif menganjurkan aktiviti pada setiap awal pagi hari Ahad itu untuk mendapat lebih keberkatan pada bulan Ramadan.
“Kami tidak mahu tradisi ini pupus ditelan zaman, jadi saya ajak anak-anak muda dan pasukan kompang kampung untuk hidupkan kembali aktiviti seperti ini.
“Cuma tahun ini ada sedikit kelainan, untuk mengisi waktu selepas solat Tarawih sehingga jam 4 pagi, semua yang terlibat akan mengacau dodol,”katanya.














0 comments